KUALA LUMPUR, 20 Nov – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama
tiba di Malaysia bagi sidang-sidang kemuncak berkaitan ASEAN bersempena Sidang
Kemuncak ASEAN ke-27 yang dihoskan Malaysia selaku pengerusi ASEAN 2015.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara
Diraja Malaysia di Subang yang terletak di luar kawasan Kuala Lumpur, pada
kira-kira 3.20 petang.

Pemimpin Amerika Syarikat itu dijadual mengadakan perbincangan dengan
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini.

Presiden itu akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika
Syarikat ke-3 serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10.-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY