KUALA LUMPUR, 8 Feb – OLA BOLA….. OlaBola The Musical yang bermula hari ini membawa semua aspek kemegahan filem berkenaan secara langsung ke pentas Istana Budaya.

Lebih menarik, ia bakal menjadi buah tangan sulung arahan pelakon berkaliber, Puan Sri Tiara Jacquelina.

Antara aspek menarik yang disajikan kepada penonton dalam teater ini adalah suntikan elemen muzik hip hop dan rap yang akan melatari pementasan ini.

Ola bola musikal diterajui Brian Chan sebagai Tauke, Luqman Hafidz sebagai Ali, Abimanyu Masilamani sebagai Muthu, Iedil Putra sebagai Rahman, Kai Chalmers sebagai Eric, Lim Jian Wei sebagai Ah Chai, Melissa Ong sebagai Mei Ling dan Altimet sebagai Sarjan Ahmad.

Untuk informasi dan maklumat tiket, bolehlah melayari laman web www.olabolamusical.com. – WD MY