KULIM, 10 Jan – Operasi menyelamat digerakkan bagi mengesan tiga pendaki terkandas di Puncak Gunung Bintang pagi tadi selepas seorang daripada mereka cedera di kaki akibat terjatuh di kawasan cerun.

Mereka terkandas pada kedudukan kira-kira 13 kilometer (km) dari kaki gunung, selepas cuba mendaki menuju Kem Bunian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata pihaknya yang menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang mangsa jam 8.38 pagi, bergegas ke lokasi.

Bagaimanapun, katanya, usaha menyelamat berdepan kesukaran berikutan keadaan laluan yang mencabar dan memakan masa yang lama.

“Buat masa ini operasi menyelamat digerakkan sepasukan anggota bersama Renjer serta penduduk kampung dan bantuan unit udara bersama pasukan Pasukan Khas Taktikal Operasi Menyelamat (STORM) sedang digerakkan,” katanya. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY