BOGOTA, 22 APRIL – SELAMATKAN…. Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan lima cedera dalam insiden tanah runtuh di wilayah Cauca, barat daya Colombia, hari ini.

Menurut agensi bantuan bencana, hujan lebat antara punca tanah runtuh yang berlaku ketika waktu pagi di daerah Rosas.

Katanya, lima orang dimasukkan ke hospital dan operasi menyelamat sedang diteruskan di kawasan terbabit.

Tambahnya, sekurang-kurangnya lapan rumah dilaporkan rosak teruk dan laluan di lebuh raya Pan-Amerika terhalang akibat tanah runtuh.

Tanah runtuh sering kali berlaku di kawasan pergunungan di Colombia terutamanya musim hujan selain akibat pembinaan rumah tidak teratur dan jalan raya sempit yang dibina di lereng bukit Andean. -WD MY