TAIPING, 23 Feb – Sebuah Substesen menyimpan gas asli Milik Syarikat Gas Malaysia Berhad di Kampung Setia Kamunting terpaksa dihentikan operasinya selepas mengalami kebocoran kira kira jam 6 petang semalam.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perak, Datuk Yahaya Madis, pihaknya menerima panggilan kira kira jam 6.14 petang semalam daripada orang awam.

Susulan itu, sepasukan anggota Unit Bahan Berbahaya Hazmat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi mendapati terdapat kebocoran gas jenis Mercaptance yang telah merebak hampir 10 kilometer di kawasan terbabit.

Pasukan Hazmat bagaimanapun berjaya meneutralkan gas terbabit sebelum pihak syarikat gas terbabit menutup injap substesen gas berkenaan.

Operasi berakhir kira kira jam 11.44 malam tadi. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY