SERDANG, OGOS 13: PERCUMAPentadbiran sebelum ini telah menjadikan rakyat Malaysia bersikap suka berharap duit percuma, sedangkan kerajaan hari ini kekurangan duit untuk diberikan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Orang berharap untuk kita (kerajaan) bagi duit percuma kepada mereka sebab ini perangai yang dipupuk oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Dia bagi wang sesuka hati, dan kini orang harap kita bagi mereka duit sesuka hati. Tapi kita tak ada duit,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas menghadiri pameran seni di Serdang.-MY WD