ORANG MELAYU DINASIHATKAN KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK

ORANG MELAYU DINASIHATKAN KETEPIKAN PERBEZAAN POLITIK

587
0

PASIR SALAK, FEB 19 – KETEPIKAN…Orang Melayu harus mengetepikan perbezaan politik dan menjadikan agama sebagai asas penyatuan ummah.

Timbalan Perdana Menteri, turut mengingatkan jika semua berbezaan politik dilayani tanpa noktah, maka perpecahan umat Melayu tiada penghujungnya.

“Kita tahu perbezaan pendapat boleh ditangani dengan asas agama maka kita harus memberikan noktah kepada perbezaann politik sesama kita.

“Ketepikanlah perbezaan atas perkara-kara yang furuk atau cabang biarpun kita mempunyai warna dan siasah yang berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Semarak Mahabbah di Sekolah Menengah Agama Maahad Al-Islah, Sungai Lampam, Sungai Manik di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. – MY WD