PUTRAJAYA, 29 Jun – Dijemput …..Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis akan mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi di Sri Satria di sini, pada Sabtu ini.

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, berkata majlis akan bermula pada 2.30 petang sehingga 6 petang.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir dengan pakaian kebangsaan atau bersesuaian bagi memeriahkan majlis tersebut di samping menjamu selera dengan pelbagai juadah hari raya yang disediakan. – WD MY