KUCHING, MAC 10 : TIDAK…Orang Sarawak tidak percaya dengan janji-janji yang ditabur oleh pihak pembangkang. Ini kerana banyak-banyak isu yang diungkit pembangkang yang kononnya akan ditangani jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14), bagi ‘Orang Sarawak’ isu paling utama yang menjadi titik tolak segalanya pasti berkisar kepada kepentingan Sarawak.

Realitinya isu yang paling dekat di hati penduduk Bumi Kenyalang ini adalah isu-isu berkaitan hak kerajaan negeri mengikut Perjanjian Malaysia (MA63), pengagihan perbelanjaan pembangunan, soal operasi Petronas di Sarawak, soal penurunan kuasa dan sebagainya.

Isu ini antara yang sengaja disentuh dalam manifesto pembangkang untuk PRU14, yang menyelitkan agenda mengembalikan status Sabah dan Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 sebagai satu daripada lima teras utama janji mereka sekiranya mengambil alih pentadbiran negara.

“Jika saya jadi pembangkang, saya pun akan kata begitu, propaganda dalam isu sebegini adalah mainan semula jadi pembangkang,” kata Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Sarawak, Abdullah Saidol kepada media ketika ditemui pada satu majlis.

Beliau berkata mandat yang diberikan kepada BN Sarawak untuk mentadbir negeri kini berbaki sekitar tiga tahun lagi sebelum hak memilih dikembalikan kepada rakyat, dan dalam tempoh inilah kerajaan negeri akan meneruskan kesinambungan ?rundingan’ dengan kerajaan persekutuan untuk mengembalikan hak kerajaan Sarawak mengikut MA63 sekiranya ada yang terhakis – MY WD