ISLAMABAD, 5 Ogos – Lantik…… Perdana Menteri baharu Pakistan, Shahid Khaqan Abbasi hari ini membentuk Kabinet yang diisi sekutu pemimpin yang disingkirkan, Nawaz Sharif dalam rombakan yang bertujuan memperkuatkan sokongan menjelang pilihan raya pertengahan 2018 nanti.

Ishaq Dar, Menteri Kewangan yang paling berpengaruh di Pakistan, dilantik untuk jawatan sama, meskipun beliau menghadapi satu siasatan jenayah oleh Mahkamah Agung terhadapnya.

Selain itu, seorang lagi sekutu Sharif, Khawaja Asif akan menjadi Menteri Luar dan turut menerajui kementerian pertahanan dan tenaga.

Jumlah anggota kabinet itu adalah hampir dua kali ganda, menjadikan 47 ahli hadir di majlis mengangkat sumpah yang disiarkan menerusi televisyen, selepas upacara membaca al-Quran di negara yang mempunyai 190 juta penduduk Islam itu.

“Ia adalah pelantikan anggota kabinet paling ramai,” kata penganalisis politik Pakistan, Zahid Hussain. – WD MY