RAMALLAH, 16 DIS -SELAR….. Kepimpinan Palestin, menyifatkan tindakan Australia mengiktiraf barat Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sebagai ‘tidak bertanggungjawab’ sambil menyatakan bahawa ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Negara itu menjadi salah satu daripada sebilangan kecil negara yang mengikut jejak langkah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Australia berkat, ia akan membuka sebuah pejabat pertahanan dan perdagangan di barat bandar itu dan Perdana Menteri, Scott Morrison juga komited mengiktiraf negara Palestin pada masa depan dengan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

Kedua-dua warga Israel dan penduduk Palestin mendakwa Baitulmaqdis sebagai ibu negara masing-masing. – WD MY