KUALA LUMPUR, 27 Okt – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Republik Czech, Lubomir Zaoralek di bangunan Parlimen, di sini.

Pertemuan yang berlangsung 15 minit itu, Pandikar berkata negara berkenaan mengagumi kemajuan dan kestabilan politik Malaysia.

“Mereka ingin menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk untuk apa sahaja bidang termasuk perdagangan, pelancongan dan pendidikan dengan melihatkan kemajuan, ekonomi dan kestabilan politik kita,” katanya.

Pandikar berkata Parlimen Malaysia turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Republik Czech khususnya melibatkan pengukuhan hubungan dua hala. -Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY