KUALA LUMPUR, 25 MAC – PANDU.…. Pandu lawan arus beberapa kilometer. Itu tindakan seorang pemandu sebuah kereta Perodua Myvi di berhampiran Dataran Maybank, Bangsar, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), hari ini.

Kejadian yang berlaku jam 4.30 pagi tadi itu berjaya dirakam ‘dash cam’ sebuah kenderaan.

Video berdurasi tiga minit 50 saat itu menunjukkan kereta terbabit dipandu di lorong kiri laluan bertentangan di lokasi terbabit.

Pemandu sebuah kereta yang menyaksikan kejadian itu kemudian cuba menghentikan kereta Perodua Myvi, namun individu terbabit enggan berhenti.

Kereta itu dilihat dipandu sejauh beberapa kilometer di lebuh raya berkenaan.

Malah, di penghujung video berkenaan, kereta itu yang menghampiri Plaza Tol Pantai Dalam menghala ke Bangsar masih tidak memberhentikan kenderaannya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya ketika dihubungi, di sini, hari ini, mengesahkan pihaknya tidak menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu,” katanya. – WD MY