PORT DICKSON, 16 Okt – Masih Terkawal…… Pantai di daerah ini masih terkawal, namun fenomena air pasang besar menyebabkan berlaku ombak bersaiz sederhana awal pagi tadi

Pegawai Pertahanan Awam daerah, Mohamad Azri Abu Hassan, berkata air mulai pasang kira-kira jam 1 pagi sebelum beransur-ansur surut pada jam 6.50 pagi.

Katanya, ketika kemuncak air pasang pada jam 6.40 pagi tadi, berlaku ombak bersaiz sederhana tetapi keadaan masih terkawal.

“Ombak berkenaan berlaku disebabkan keadaan hujan dan berangin selama sejam kira-kira jam 4 pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiada kawasan dilapor mengalami limpahan air setakat ini,” katanya, di sini, hari ini.

Mohamad Azri berkata, aktiviti pantai diteruskan seperti biasa tetapi pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan dan bersedia memberi amaran kepada pengunjung jika keadaan mulai berbahaya. – WD MY