KUALA LUMPUR 4 Nov. – PERSEPSI…. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mahu tentera siber UMNO lebih pantas mengangkis persepsi negatif yang menjurus kepada pembunuhan karakter pemimpin yang kini giat dijalankan oleh pakatan pembangkang.

Ahmad Zahid berkata, sebarang persepsi negatif yang timbul harus diuruskan dengan segera kerana jika ia tidak diatasi dengan baik tidak mustahil seorang pemimpin atau kerajaan boleh dijatuhkan.

“Cuba kita lihat berapa ramai pemimpin, kerajaan dan parti politik yang tenggelam kerana persepsi yang tidak diuruskan dengan baik.

“Jika persepsi tidak diatasi dengan segera dan hanya dijawab tiga atau empat bulan kemudian, lihat sahaja apa yang telah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga lakukan terhadap Pas apabila dia tuduh Pas terima wang RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.

“Jika tidak dapat diatasi dengan segera dan hanya jawab tiga atau empat bulan selepas itu, maka berlaku seperti (bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia) Datuk S. Ambiga lakukan terhadap PAS apabila PAS dituduh menerima peruntukan RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB (1Malaysia Development Berhad),” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata segala perbezaan pendapat dalam parti harus diselesaikan dengan baik demi memperkukuhkan perjuangan parti dalam berdepan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

”Apabila Perdana Menteri sudah memberikan bajet terbaik dalam semua aspek, apabila seluruh jentera diintegrasi dengan sebaik-baiknya dan kita lupakan perbezaan pendapat, Insya-Allah, di bawah kepimpinan sedia ada kita akan memberikan hadiah kemenangan dengan majoriti dua pertiga, Insya-Allah,”katanya.

Mengenai Konvensyen Media Sosial Umno, Ahmad Zahid berkata ia harus dijadikan panduan kepada semua anggota parti dalam berdepan pelbagai isu menyentuh parti di media sosial.

Konvensyen anjuran Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO itu bertujuan memberi penerangan berhubung kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada semua penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU14. – WD MY