NEW YORK, 19 MEI – TERBAKAR….. Salah satu papan iklan digital besar yang menghiasi Times Square terbakar semalam, sebelum api berjaya dipadamkan dengan tiada laporan kecederaan diterima, kata pegawai.

Kebakaran bermula sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan.

Pengguna media sosial menyiarkan imej dan video menunjukkan api marak di sebelah papan iklan itu ketika ia mempamerkan iklan bagi vodka SKYY sebagai penaja perayaan WorldPride di New York bulan depan, menandakan ulang tahun ke-50 kebangkitan hak gay Stonewall.

Iklan itu memaparkan pondan Trixie Mattel. Iklan lain juga dipamerkan di papan iklan itu sehingga anggota bomba mematikan ia.

Jurucakap Jabatan Bomba New York berkata, tiada laporan kecederaan dan kerosakan pada bangunan yang menempatkan papan iklan itu.

Api berjaya dikawal pada jam 3.58 petang, menambah mereka tidak tahu punca kebakaran. – WD MY