KUALA LUMPUR, 21 Jun – Menteri Wilayah Persekutuan, ┬áDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengarahkan Ketua Pengarah DBKL untuk memastikan setiap papan tanda di Kuala Lumpur mempunyai lesen dan permit.
?
“Setiap papan tanda perlu dapat kelulusan termasuk parti politik dan jika pihak DBKL mendapati tidak mempunyai lesen, mereka mempunyai masa dalam 2 minggu untuk mendapatkan lesen, bermula dua hari lepas.”?

Menurut beliau, pihak DBKL akan mengeluarkan notis jika mendapati papan tanda tersebut tidak mempunyai lesen dan memberi ruang untuk mereka mengemukan permohonan lesen sebelum tindakan di ambil.?
?
“Ini hak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menurunkan papan tanda tidak kira papan tanda samada politik atau perniagaan mengikut Akta PBT?,” kata Tengku Adnan.

Beliau ditemui media di majlis pengagihan kurma,air zam-zam dan kain baju melayu ke masjid-masjid seluruh negara oleh Biro Kebajikan Umno di sini.

Tengku Adnan ketika ditanya mengenai kejadian menurunkan papan tanda Umno oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Pulau Pinang,Tengku Adnan berkata ia perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Kita negara yang berundang-undang, tidak kira UMNO atau DAP, macam mana sekalipun kita mesti patuh kepada undang-undang. Jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita,” kata Tengku Adnan.

Tambah beliau, “Jadi kalau dia (UMNO atau DAP) tidak ikut syarat tindakan akan dikenakan oleh pihak berwajib.”-Faizal Dato Badarudin (WD MY)

LEAVE A REPLY