PUTRAJAYA, 9 Mac – Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Seri Mahdzir Khalid paras air di semua empangan berada di tahap
terkawal walaupun negara kini berhadapan dengan musim panas.

Katanya paras air di empangan Sungai Selangor contohnya adalah lebih baik
berbanding tahun sebelumnya.

“Jika pada Mac tahun lalu empangan Sungai Selangor mempunyai paras air lebih
kurang 40 peratus, namun bulan ini empangan tersebut mencatatkan paras air
sebanyak 74 peratus,” katanya kepada media selepas merasmikan acara balloting
kategori solar fotovolta (PV) bukan indidividu dengan kapasiti kurang dari 425kW
di sini hari ini.

Balloting itu untuk memilih pemohon yang layak dan berminat terhadap kuota
lesen tenaga boleh baharu.

Ditanya mengenai gangguan bekalan air di sesetengah tempat, Mahdzir berkata
gangguan tersebut berpunca daripada masalah yang berlaku di loji bekalan air
termasuk pencemaran ammonia.

Proses balloting hari ini membabitkan tiga kategori kapasiti iaitu sehingga
72kW; melebihi 72kW sehingga 180kW dan melebihi 180kW sehingga 425kW serta
permohonan bagi Sabah yang mana tarif galakan telah diperkenalkan pada 2014.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY