KUALA LUMPUR, 19 Sept – Waktu Untuk Menanyakan Soalan…… Parlimen memperkenalkan Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) pada persidangan Dewan Rakyat yang akan datang bermula 7 Oktober ini.   

Sesi selama setengah jam bermula jam 10 pagi setiap Selasa dan Khamis itu bagi membolehkan Ahli Parlimen mengemukakan soalan berkaitan isu semasa untuk dijawab menteri.  

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata MQT adalah antara proses transformasi Parlimen yang sedang dijalankan.  

“Penyata Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat diluluskan sebulat suara pada 7 April lalu yang mana beberapa peraturan mesyuarat baharu diwujudkan. 

“Ini perkara ketiga dalam proses transformasi yang akan dilaksanakan. Kini 90 peratus proses itu sudah berjalan,” katanya pada sidang media selepas taklimat dan simulasi MQT di Parlimen, hari ini.

Melalui peraturan baharu itu, setiap Ahli Parlimen boleh mengemukakan pertanyaan sehari sebelum sesi MQT bermula. MQT memperuntukkan hanya tiga soalan daripada tiga kementerian dijawab dalam tempoh 30 minit. – WD MY

LEAVE A REPLY