KUALA LUMPUR, MAC 22:RUU…Kajian persempadanan semula kawasan pilihanraya 2018 akan dibentangkan pada 28 Mac hadapan.┬áPerkara tersebut diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata syor bahagian pilihan raya itu merangkumi kawasan persekutuan dan negeri Tanah Melayu kali keenam, 2018.

“Selain itu, ia mengandungi draf perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri-Negeri Tanah Melayu 2018).

“Dokumen ini diletakkan di atas meja Yang Berhormat sekalian, namun saya ingin memberi satu peringatan.

“Semua dokumen ini tidak boleh disiarkan sehingga ia dibentangkan pada Rabu, 28 Mac 2018,” katanya ketika menyampaikan pemasyhuran di Dewan Rakyat, sebentar tadi. – MY WD