PRAI, 18 Mac – Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan membuat laporan polis bagi, membolehkan siasatan dibuat berhubung dakwaan pembelian rumah dibawah harga pasaran oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Laporan dibuat pada pukul 11 pagi tadi di Balai Polis Prai.

Turut dilapor, penglibatan penjual rumah itu dalam pembelian sebidang tanah di Taman Manggis yang digazetkan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), untuk pembinaan sebuah hospital swasta dan hotel mewah. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY