BALIK PULAU, 10 Sept – Lupakan Masalah Lampau…..Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru parti komponen Barisan Nasional di Pulau Pinang agar melupakan masalah dalaman lampau dan mengikut gerak kerja jentera pilihanraya UMNO jika mahu memperbaiki pencapaian pada pilihanraya lalu.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti komponen BN seperti MCA, Gerakan dan MIC perlu membuka pintu untuk menerima cadangan dan nasihat UMNO bagi memenangi kerusi DUN masing-masing sekaligus mengembalikan Pulau Pinang ke pangkuan Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-14.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau dan Pelancaran Jentera Pilihan raya Peringat Parlimen di Politeknik Balik Pulau. – WD MY

LEAVE A REPLY