BANGKOK, 27 Mac – Bentuk…. Kelompok pro demokrasi di Thailand cuba membentuk pakatan untuk menghalang parti disokong junta daripada membentuk kerajaan, selepas pilihan raya pertama negara itu, sejak rampasan kuasa pada 2014.

Parti pro demokrasi Pheu Thai dijangka menjadi yang terbesar dalam dewan rendah, ia dijangka meraih 137 kerusi berbanding parti pro junta Phalang Pracharat yang dijangka mendapat 97 kerusi, menurut keputusan awal.

Pheu Thai juga dijangka menerima sokongan beberapa parti lain dalam kem pro demokrasi yang mahu membentuk pakatan.

“Kita akan menyertai pakatan menentang pemerintahan panjang junta,” menurut kenyataan parti belia Future Forward yang meraih lima juta undi, lewat semalam.

Kelompok parti pro demokrasi itu dijangka bertemu lagi, hari ini, untuk memberikan butiran lanjut.

Parti Future Forward menang 30 kerusi dan dijangka mendapat lebih banyak kerusi apabila senarai parti berasingan diumumkan.

Pakar menjangkakan tempoh rundingan kompleks selama beberapa hari sehingga berminggu-minggu, sebelum kedua-dua parti Pheu Thai dan parti Phalang Praharat mendakwa berhak membentuk kerajaan.

Difahamkan, parti kecil Bhumjaithai dijangka memainkan peranan penentu dalam dewan rendah sama ada mahu menentang parti junta atau menyertainya. – WD MY