KUALA LUMPUR, JAN 10: IKRAR….PAS akan menubuhkan sebuah jawatankuasa penyelaras bagi membantu calon pembangkang dari BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Januari nanti.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Insya-Allah. Parti akan tubuh jawatankuasa penyelaras bagi membantu pembangkang dalam PRK itu nanti,” katanya ketika ditanya sama ada parti itu akan turun membantu kempen BN atau sebaliknya.-MY WD