KOTA BHARU, 23 FEB – MAMPU….. Parti PAS mendakwa mampu memperoleh lebih 112 kerusi Parlimen membabitkan empat parti, jika berlaku undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam masa terdekat.

Empat parti berkenaan terdiri daripada 18 kerusi milik PAS, BERSATU, sebahagian besar UMNO dan PKR.

Naib Ketua Pemuda PAS, Fadhli Shaari turut mendakwa pihaknya bukan sengaja berkata demikian sebaliknya terdapat perbincangan diadakan membabitkan beberapa parti berkenaan.

“Kita mendakwa mampu memperoleh lebih 112 kerusi Parlimen bagi mempertahankan kedudukan Dr Mahathir menerusi perbincangan yang diadakan.

“PAS secara total 18 kerusi memang menyokong Dr Mahathir dan UMNO pula sebahagian besar juga berbuat demikian.

“PKR juga untuk kem Datuk Seri Azmin Ali semestinya akan menyokong Dr Mahathir. Sebab itu kita boleh kata mampu mengumpul lebih 112 kerusi,” katanya.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mengingatkan rakyat Kelantan supaya tidak terkejut jika berlaku kerjasama kerana ia demi kebaikan agama dan negara.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Setiuasaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mendedahkan parti itu sudah membuat akujanji untuk menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) selepas menghidu sesuatu tidak kena pada kepimpinan PH. – WD MY