IPOH, MEI 12:PAS: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semanggol dan dua wakil rakyat parti itu sudah memasuki Istana Kinta, di sini jam 9.35 pagi.

Dua lagi wakil rakyat dari parti itu yang bersama Razman ialah ADUN Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahya.

Kesemua ADUN PAS itu dipercayai memasuki kawasan Istana untuk memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Keadaan di luar Istana Kinta ketika ini dipenuhi media yang masih menunggu perkembangan selanjutnya.

Terdahulu, Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini memaklumkan bahawa Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar baru dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah jam 5 petang ini.-MY WD