MARANG, JAN 27: MANDAT… Pas menyerahkan mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menentukan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang dijadual diadakan pada 2 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun pihaknya belum mengadakan mesyuarat, tetapi terserahlah kepada parti itu untuk meletakkan calon yang akan bertanding.

“Kita sudah beri laluan kepada mereka (BN) sebagai satu usaha ke arah kerjasama yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam di negara ini.

“Kerjasama ini amat penting kerana berdasarkan faktor itulah menyebabkan calon mewakili umat Islam menang di Parlimen Cameron Highlands, “ katanya.

PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengimamkan solat hajat di Majlis Pecah Tanah Sekolah Rend

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara Pecah Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) yang membabitkan kos RM5 juta di Kampung Gong Chempedak, di sini petang ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut Abdul Hadi, dalam PRK Semenyih, beliau mengharapkan faktor kerjasama parti pembangkang juga akan turut melibatkan soal calon yang dipersetujui bersama mewakili umat Islam dan juga anak tempatan.

“Kemenangan di Cameron Highlands sekurang-kurangnya memberi isyarat kepada DAP bahawa isu perkauman tidak sesuai di Malaysia. Sebenarnya merekalah (DAP) yang menonjolkan isu perkauman, bukan kita, “ jelasnya.-MY WD