KUALA LUMPUR, 1 Nov – Tubuh Koperasi…….Pasarnita yang merupakan idea
Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dicadangkan untuk menubuhkan koperasi.

Cadangan itu disuarakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin bagi memudahkan kerajaan menyalurkan dana dan inisentif lain melalui koperasi berkenaan.

“Saya cadangkan kepada Pasarnita ditubuhkan koperasi bagi memudahkan pihak kerajaan menyalurkan dana kepada usahawan-usahawan yang berada dibawah Pasarnita, kata Hamzah dalam ucapannya hari ini.

Pasarnita juga telah mengorak langkah bekerjasama dengan NH Group dari Korea dalam mengembangkan pasaran usahawan dibawah Pasarnita ke pasaran Korea.

“Usahasama ini adalah baik kerana ia membolehkan usahawan dalam Pasarnita mengembangkan pasaran dan mengeksport barangan atau produk ke pasaran Korea Selatan,” kata Hamzah.

Di majlis berkenaan juga termeterai MOU kerjasama diantara Pasarnita dengan NH Group @ NH KOREA bagi persefahaman dalam menerokai pasaran kedua-belah pihak.

“Saya juga berharap bukan pasaran eksport negara Korea Selatan sahaja malahan pasaran negara lain juga turut sama mengunakan platform Pasarnita ini, ” kata beliau. – WD MY