KUALA LUMPUR, 11 Dis – Pasukan Gelombang Biru baharu bakal ditubuhkan oleh UMNO bagi menangani serangan siber terhadap Barisan Nasional, BN.

” Kami berdua akan terus menyelaraskan dan bertanggungjawab untuk pasukan alam siber dengan mewujudkan gelombang biru yang baharu, ertinya harus lebih terfokus dan terselaras isu-isu yang dibangkitkan oleh musuh-musuh politik.kami,” kata Ahmad Zahid pada sidang media.

Hadir bersama Datuk Seri Hishamuddin di PWTC, Kuala Lumpur bagi merumuskan perbahasan perwakilan terhadap ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Inisiatif berkenaan akan diselaraskan oleh dua Naib Presiden UMNO, membabitkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Menurutnya, serangan alam siber khususnya oleh pembangkang selama ini telah mengakibatkan persepsi negatif terhadap UMNO dan BN.

Beliau mengulas perbahasan oleh perwakilan Wanita UMNO, Nuraslina Datuk Zainal Abidin yang mempersoalkan di mana hilangnya pahlawan gelombang biru dalam menangkis serangan siber yang dilakukan oleh “Red Bean Army” oleh DAP ketika membahaskan ucapan dasar Presiden parti.-Faizal Dato Badarudin/CF (WD MY)

LEAVE A REPLY