PUTRAJAYA, 18 Jan – Pasukan keselamatan Malaysia sentiasa berada d?alam keadaan bersiap sedia untuk melindungi negara ini daripada sebarang a?ncaman.

Itu jaminan yang diberi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr A?hmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataannya hari ini.
?
?”Rakyat Malaysia diberi jaminan bahawa pasukan keselamatan kita sentiasa d?alam keadaan bersiap sedia untuk melindungi kita semua ketika kita tidur hinggalah apabila kita bangun pada keesokan harinya,” kata beliau.?

?Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, menggesa orang ramai s?upaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan, tetapi juga salah tanggapan mengenai keadaan di negara ini.

?”Di samping perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang ancaman, rakyat ?Malaysia juga perlu membiarkan pasukan keselamatan melaksanakan tugas mereka, t?anpa sebarang rasa curiga dan prejudis.

Kita patut bersyukur kerana berasa selamat dan terjamin apabila berada di j?alan raya di mana-mana juga bandar di negara ini, terima kasih atas dedikasi d?an kesetiaan pasukan keselamatan kita,” katanya.

?Ahmad Zahid juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira pegangan i?deologi, supaya menyokong usaha kerajaan untuk menghapuskan ancaman keganasan
yang kata beliau, boleh memusnahkan keamanan dan keharmonian negara.

?Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk memerangi k?eganasan secara habis-habisan, manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menjanjikan kerjasama penuh daripada pasukan b?ersenjata.

 “Ini peperangan baharu kami. Peperangan menentang k?eganasan, yang menuntut rakyat menyokong kami, bukan kerana politik, tetapi d?emi kepentingan dan kedaulatan negara,” kata beliau.?- Suraya Ahmad (WD MY)

LEAVE A REPLY