PASIR SALAK, NOVEMBER 18: PERHIMPUNAN…PAS dan Umno akan mengadakan perhimpunan bersama bagi membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini.

Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata perhimpunan itu telah mendapat restu Jawatankuasa Pusat PAS awal hari ini.

“8 Disember, Sabtu, kita akan kerahkan seluruh rakyat Malaysia turun ke Kuala Lumpur,” kata Razman pada suatu majlis ceramah PAS-Umno di Pasir Salak, Perak malam ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada majlis sama “Himpunan Perpaduan Ummah” itu mengesahkan Umno akan menyertai bantahan berkenaan.

“Saya akan ingin mengesahkan Umno juga akan dokong perhimpunan ini. Ini bukan perhimpunan PAS, bukan perhimpunan Umno, himpunan NGO Islam, (ini) perhimpunann ummah keseluruhannya,” jelas beliau.-MY WD