KUALA LUMPUR, 4 Nov – Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Perunding Perhubungan Awam Paul Stadlen ialah pemegang permit penduduk tetap (PR) negara ini.

Menurut Ahmad Zahid, Stadlen tidak memerlukan permit sah untuk bekerja di negara ini.

“Untuk makluman, semakan rekod Jabatan Imigresen mendapati Paul Stadlen
(Gregory) adalah penduduk tetap Malaysia.

“Oleh yang demikian, beliau bebas keluar masuk dan bekerja di negara ini
tanpa perlu memiliki pas untuk bekerja yang dikeluarkan Jabatan Imigresen,”
katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang
meminta beliau menyatakan sama ada Stadlen mempunyai permit pekerja sah untuk
bekerja di negara ini.

Stadlen pernah menerajui firma perunding komunikasi Apco Worldwide cawangan
Kuala Lumpur dan sebelum ini dikatakan berkhidmat dalam pasukan komunikasi di
Pejabat Perdana Menteri. -Shahrini Abdulah (WD MY)

LEAVE A REPLY