KUALA LUMPUR, 10 Mac – Perluas…… Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin projek
balai polis moden yang diperkenalkan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail dan
Balai Polis Brickfields di sini boleh diperluas ke kontinjen lain.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kejayaan projek
tersebut akan dijadikan sebagai model dan penanda aras kepada struktur dan
sistem balai yang sesuai bagi kesemua 788 balai polis di seluruh negara.

“Usaha ke arah modern policing ini adalah sebagai menyahut agenda negara dan
gerakan transformasi nasional yang bertujuan membolehkan PDRM meletakkan diri
sebagai peneraju dalam memelihara keamanan dan keselamatan negara dan juga
rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan projek perintis
balai polis moden di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail hari ini.
Beliau berkata projek tersebut yang menekankan kepada empat elemen iaitu
Service (Perkhidmatan), Technology (Teknologi), Empowerment (Pemerkasaan) dan
Process (Proses) atau singkatannya ‘S.T.E.P’ memberi kesan kepada penuruan
indeks jenayah, rasa takut masyarakat terhadap jenayah dan kepuasan kepada
anggota PDRM yang bertugas.
Menurutnya PDRM juga akan melancarkan satu lagi inisiatif di bawah modern
policing iaitu e-reporting untuk memudahkan orang awam membuat laporan kes-kes
yang tidak melibatkan jenayah seperti kehilangan dokumen penting. – WD MY