KUALA LUMPUR, 22 Feb – Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di lapangan Rondaan Bersama Strategi Lautan Biru Kebangsaan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (NBOS JOINT PATROL PDRM/ATM) di salah sebuah pusat membeli belah di ibu negara.

Dalam lawatan sekitar 30 minit itu Najib turut diserikan dengan tarian singa dan persembahan pancaragam gabungan PDRM & ATM yang menjadi simbolik keamanan, keselamatan dan keharmonian negara masih dalam keadaan terkawal.

Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. – CF (WD MY)

LEAVE A REPLY