JOHOR BAHRU, 15 Jun – Nafi…. Pihak polis negeri Johor menafikan viral pertuduhan kes terhadap seorang lelaki yang kononnya melaungkan azan Maghrib sebelum masuk waktunya.

Tindakan itu dikatakan dilakukan lelaki terbabit kerana tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa dan nekad melaungkan sendiri azan Maghrib pada jam 4.30 petang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zamat Mamat, pihaknya tidak pernah menerima laporan berhubung perkara itu.

“Jangan ada pihak bertindak sesuka hati dengan cuba mengelirukan orang ramai.

“Kita tidak mahu orang ramai salah faham mengenai penguatkuasaan undang-undang termasuk Akta Hasutan sedangkan perkara ini tidak berlaku,” katanya hari ini. – WD MY

LEAVE A REPLY