JOHOR BAHRU, 14 Jun – Rampas Ganja….Polis Johor menahan lima lelaki dan berjaya merampas 72 ketulan ganja mampat bergred tinggi seberat 27.5 kilogram bernilai RM2.1 juta tengahari semalam.

Dadah berkenaan disembunyikan dalam tiga batang besi dalam sebuah kontena yang dipercayai cuba diseludup ke negara Australia.

Ketua Polis Johor, Datuk Ahmad Najmuddin Mohd, berkata semua suspek berusia 35 hingga 40 tahun di tahan dalam satu operasi di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Turut disita sebuah kereta Proton Persona.

Kes disiasat di bawah seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. – WD MY

LEAVE A REPLY