KUALA LUMPUR, 24 Feb – Sahkan…… Jenis bahan kimia yang membunuh Kim Jong-nam atau Kim Chol dikenal pasti sebagai Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphosphonothiolate atau VX Nerve Agent.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata laporan awal yang diterima pihaknya daripada Pusat Analisis Senjata Kimia, Jabatan Kimia Malaysia itu adalah analisis awal yang dijalankan ke atas beberapa eksibit membabitkan ‘Dry Swab – eye mucosa’ dan ‘dry swab – face’.

“Hasil analisis mengenal pasti bahan itu sebagai VX Nerve Agent yang disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1, Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.

“Lain-lain eksibit masih dalam proses analisis,” katanya. – WD MY