KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Menahan…. Pihak Polis menahan lapan orang dan merampas lebih 42 kilogram (kg) dadah jenis syabu menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang, semalam.

Serbuan ke atas pusat pengedaran syabu di Kuala Lumpur dan Selangor itu dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.

Tiga daripada lapan suspek yang ditangkap itu adalah warga Taiwan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, tidak ketinggalan berkongsi kejayaan terbaru JSJN dan STING itu menerusi laman Twitternya, sebentar tadi.

“Syabas STING @PDRMsia semalam serbu pusat-pusat edar dadah syabu di KL dan Selangor. Tangkap lapan orang (tiga warga Taiwan) rampas lebih 42KG syabu. #GoPDRMGo,” katanya. – WD MY

LEAVE A REPLY