KUALA LUMPUR, 13 Sept – Tingkat Tahap Keselamatan…. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan tahap keselamatan menjelang sambutan Hari Malaysia, Jumaat ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman.

“Polis meningkatkan kesiapsiagaan bukan sahaja di sesuatu tempat, malah di seluruh negara terhadap sebarang ancaman, sama ada Daesh atau pihak yang sengaja menggugat kelancaran sambutan Hari Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Korban dan Akikah peringkat Bukit Aman di Masjid Bukit Aman, di sini, sebentar tadi. – WD MY

LEAVE A REPLY