KUALA LUMPUR, 18 Julai – Umum…. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan arahan pertukaran dua pegawai kanan berkuat kuasa 21 Ogos depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Senior Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad, berkata pertukaran ini membabitkan pegawai Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi kepada Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman.

“Selain itu, turut bertukar jawatan adalah Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (KPN)(Pentadbiran), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Razali Bakar yang akan bertukar kepada jawatan Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – WD MY