PDRM Umum Tiga Pertukaran Pegawai Kanan

0
2994

KUALA LUMPUR, 17 Nov – UMUMKAN…… Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tiga pertukaran pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa 18 Dis ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman, SAC Datuk Asmawati Ahmad berkata pertukaran itu melibatkan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Perancangan/Strategik) Kuala Lumpur, ACP Ashari Abd Ghani yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Kolaborasi Bersepadu, Bahagian Kepolisan Komuniti JPJKK Bukit Aman.

“Tempat beliau diambil alih Supt Mohd Ariff Md Hanuddin yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Turus Operasi Darat JPJKK Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Pegawai Turus E2D, Cawangan Khas, Bukit Aman ACP Shazeli Kahar akan menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Batu Gajah yang baharu. – WD MY