KUALA LUMPUR, JULAI 12: PEMBEKUAN….Puteri Norlisa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghidap kanser tahap empat (akhir), dilaporkan tertekan susulan pembekuan akaun banknya.

Adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norlisa, 37, sukar membayar bila hospital bagi rawatan kemoterapi bagi kanser darah.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kemoterapi akibat kanser.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.-MY WD