LAHAD DATU, 28 Mei – Pecah Tanah……Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir ke Majlis Upacara Pecah Tanah Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter Lahad Datu Sabah.

Beliau merasmikan kawasan tapak pembinaan “shelter” dan “aprin” yang mampu menempatkan helikopter ATM.

Dengan adanya Pangkalan Operasi Hadapan ini 6 buah helikopter tempur ringan MD530G yang kini dalam proses perolehan serta 4 buah helikopter S70A Blackhawk yang bakal diserahkan oleh kerajaan Brunei Darussalam.

Projek pembinaan infrastruktur Detasmen Helikopter sebagai Pangkalan Operasi Hadapan Tentera Udara Diraja di Lapangan Terbang Lahad Datu seluas 1.2 ekar yang membelanjakan kira-kira RM9 juta dan bakal dilaksanakan Jun depan.

Detasmen ini akan berfungsi sebagai pusat transit dan bantuan udara untuk pengoperasian bagi semua jenis helicopter ATM yang berulang alik ke kawasan ESSCOM yang terdiri daripada Skuadron Helikopter Tentera Udara, Pasukan Tentera Udara, Tentera Darat, dan Pasukan Tentera Laut.

Pangkalan Hadapan sebagai pusat operasi ketika operasi pertahanan dilaksanakan bagi melumpuhkan sepenuhnya ancaman atau serangan oleh kumpulan pengganas militan.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan projek ini mampu meningkatkan tahap kesiapsiagaan Sistem pertahanan udara negara disamping meningkatkan persepsi positif rakyat Sabah dalam menjamin keselamatan rakyat khususnya di Pantai Timur Negeri Sabah.

Untuk rekod, pelbagai inisiatif lain yang bakal dilaksanakan termasuk pengaturcaraan aset-aset terbaharu ATM yang akan diperolehi secara berperingkat melibatkan 20 buah kereta perisai(LIPAN BARA) bermula Jun depan dan 6 buah helikopter jenis Mutlipurpose Armed Reconnaissance mulai November tahun ini.

Selain itu, pembinaan kem tentera darat yang baharu iaitu kem Bridge Esscom di Felda Sahabat akan dibina mulai Januari tahun depan serta perancangan membina kem Azumi di Semporna Sabah.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. – Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY