KUALA LUMPUR, 1 Dis — KEMALANGAN…. Pegawai kanan polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas selepas melanggar bonggol di Jalan Lingkungan Alam Damai, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa, ASP Mohamad Kamal Abdullah Thani, 49, dalam perjalanan dari Taman Alam Damai menuju ke pusat bandar.

Beliau berkata mangsa merupakan pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

“Mangsa dipercayai baru habis kerja dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala,” katanya.

Zulkefly berkata siasatan yang dilakukan tidak menemui sebarang kesan pelanggaran kenderaan lain pada motosikal mangsa. – WD MY