SHAH ALAM, 21 Dis – Mandi…..Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hari ini hanya bertuala dan hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Jamal yang juga ada ketua Umno Bahagian Sungai Besar turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

Beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu pada jam 9.40 pagi dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.

” Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah,” kata Jamal.

“Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh, benarkan saya mandi di tandas bawah saja.

“Jika mahu saya bayar, saya akan bayar. Saya pergi surau, masjid tapi semua tiada air,” katanya.

Menurutnya, beliau amat kecewa dengan kerajaan negeri Selangor kerana isu ketiadaan air ini bukanlah isu baru malah sudah berkali-kali berlaku tetapi masih tiada sebarang penambahbaikan yang dibuat oleh kerajaan negeri. – WD MY