BENTONG, JAN  24: PINJAM KERETA…Lemang To’ki di Bentong, Pahang mendapat promosi percuma selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak singgah di kedai itu dan memuji keenakannya, pagi ini.

“Lemang dan rendang, siapa boleh say no (kata tidak)? Kalori pun kalori lah.

“Kalau lalu Bentong, singgah kat gerai Lemang To’ki. Sedap dan harga dia pun ok,” katanya menerusi hantaran Facebook dalam kunjungan beliau ke Pahang.

Najib turut memuat naik beberapa gambar merakamkan detik beliau singgah di kedai itu.

Kelihatan orang ramai turut berkesempatan berswafoto bersamanya, sekali gus menunjukkan beliau masih tetap di hati rakyat.

Susulan itu, Najib memuat naik gambar beliau berdiri di sebelah kenderaan jentera pacuan empat roda (4WD) yang terpampang pelekat ‘Malu Apa Bossku’.

Dalam catatan itu, beliau berkata: “Pejabat Hutan tak bagi pinjam 4WD. Kata apa dia, Pakatan Harapan dah ambil untuk kempen?

“Nasib baik ada kawan pinjam ini. Saya bukan apa, nak test drive saja,” katanya secara sinis.

Sebelum ini, timbul isu salah guna kenderaan untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Media melaporkan, kenderaan Jabatan Hutan didakwa digunakan untuk berkempen dan dilekatkan lambang parti politik.

Isu itu bagaimanapun dianggap selesai apabila kenderaan berkenaan yang dipinjamkan kepada pihak terbabit kemudiannya ditarik balik.-MY WD