KUALA LUMPUR, 22 Dis – Umum…. Permodalan Nasional Berhad hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus RM0.50 sen seunit bagi pelanggan Tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun ini.

Pengumuman berkenaan dibuat Tan Sri Abdul Wahid Omar selaku Pengerusi PNB sebentar tadi.

Prestasi ASB pada tahun ini adalah lebih baik berbanding prestasi pasaran saham tempatan di mana indeks utama FBM KLCI telah mencatatkan pulangan keseluruhan -1.7% pada tahun ini.

Wahid Omar berkata prestasi ASB melebihi prestasi pasaran ekuiti negara yang mencatatkan jumlah pulangan negatif.
“Tahun ini menandakan penurunan pasaran saham kali ketiga berturut-turut.
FBM KLCI susut sebanyak 73 mata berbanding 1,692.5 mata pada 31 Dis, 2015 kepada
1,619.1 mata pada 30 Nov, 2016,” katanya pada taklimat media di sini hari ini.
¬†“Prestasi pasaran keseluruhan dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk
aliran keluar modal ke ekonomi maju, harga komoditi yang rendah, ketidaktentuan
tukaran asing dan perkembangan dan geopolitik,” katanya.
 Meskipun cabaran berkenaan, Abdul Wahid berkata ASB dapat mencapai
pendapatan kasar sebanyak RM9.59 bilion setakat 30 Nov, 2016. – WD MY