KUALA LUMPUR, 26 Sept – Kembali Ke Pasaran Bursa Malaysia……. Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, kemasukan terbesar dalam 10 minggu, demikian menurut MIDF Research.

“Minggu lalu, pelabur asing membawa masuk RM733.4 juta selepas mereka mengeluarkan RM565.9 juta sebelum minggu dagangan pendek.

Kadar pembabitan asing kekal kukuh minggu lalu pada RM921.36 juta sungguhpun lebih rendah berbanding RM1,214.63 juta yang dicatatkan minggu sebelumnya,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

MIDF Research berkata, mereka adalah pembeli bersih dalam lima hari dagangan terakhir minggu lalu selepas membuat jualan bersih selama empat hari sebelum itu disebabkan minggu jualan pendek.

Pelabur asing membeli RM16.3 juta pada Isnin, RM34.7 juta pada Selasa, RM45.2 juta pada Rabu, RM49.6 juta pada Khamis dan RM31.9 juta pada Jumaat.

MIDF Research berkata, peningkatan belian pada Khamis disebabkan terutamanya oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang kukuh, yang mencecah RM2,909 satu tan, tertinggi dalam empat tahun. – WD MY

LEAVE A REPLY