KOTA BAHARU, 1 Julai – Seorang pelajar berumur 15 tahun dipercayai menjadi mangsa
pertama bermain mercun di Kelantan sempena sambutan hari raya tahun ini.

Empat jari Muhammad Rizaimie Zamri hancur terkena mercun buatan sendiri di
di Kampung Kubang Palas, Wakaf Baharu, Tumpat malam tadi.

Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Ibunya Che Rosmaini Che Sulaiman, 38, berkata kejadian berlaku selepas
anaknya keluar rumah selepas berbuka puasa kira-kira pukul 8 malam.

“Tidak lama kemudian saya mendengar bunyi dentuman kuat. Pada mulanya saya
tidak menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun yang anak saya main bersama
kawan-kawannya.

“Saya kemudiannya bergegas keluar rumah dan mendapati anak saya sudah dibawa
abang saya dengan kereta ke hospital,” katanya kepada pemberita ketika melawat
anaknya di hospital.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ab Aziz Abdullah berkata mangsa
tidak dapat menulis yang menyukarkan pembelajarannya.-Sofea Nawar (WD MY)

LEAVE A REPLY