WASHINGTON, 18 APRIL – PELAN…. Penasihat kanan Rumah Putih, Jared Kushner, semalam, menggesa sekumpulan duta supaya ‘bersikap terbuka’ terhadap cadangan pelan damai Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Katanya, pelan damai itu memerlukan kompromi daripada kedua-dua pihak, menurut sumber yang mengetahui kenyataan itu.

Kushner berkata, pelan damai itu akan diumumkan, selepas Israel membentuk pakatan kerajaan, selepas kemenangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Ia juga akan diumumkan, selepas bulan puasa Ramadan yang akan berakhir pada awal Jun depan, kata sumber itu lagi.

“Kita semua perlu melihat kompromi yang munasabah untuk membolehkan perdamaian dicapai,” kata Kushner dipetik sumber itu yang enggan mendedahkan identitinya. – WD MY